falling butter

Blogger Widgets

Friday, April 5, 2013

Senarai Dokumentasi

Berikut adalah senarai dokumentasi yang masih dalam proses untuk dicetak . Program-program tersebut telah selesai dilaksanakan dan akan dikemaskini untuk paparan dan info pembaca blog ini:
    1. Majlis Sambutan  Maulidur Rasul
     




    2. Majlis Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Zon - SMUAMJ menjadi Tuan Rumah 
        Paparan Aktiviti :

        




2. Minggu Bahasa Arab
Di sini adalah paparan sempena sambutan Minggu Bahasa Arab
      
Latihan Nasyid Dalam Bahasa Arab dari pelajar  puteri Tingkatan 2A

 

Latihan Nasyid dalam Bahasa Arab dari pelajar tingkatan 2A. :-) Pelajar kelihatan seronok (bergelak ketawa) sementara dapat melatih diri lebih bersedia untuk membuat persembahan. Apapun syabas kerana berani ke hadapan menyampaikan nasyid dalam Bahasa Arab.



    3. Hari Sukan Peringkat Sekolah



    4. Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat PIBG (31/3/2013)

        Sabtu, 31 Mac 2013, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2012 dan Mesyuarat Agong PIBG
        diadakan bertempat di dewan sekolah SMUAMJ. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah
        Pelajaran YIK mewakili Pengarah Pelajaran YIK. Seramai 8 orang pelajar menerima anugerah
        iaitu 5 pelajar dengan pencapaian Mumtaz pada peperiksaan SMUA 2012 dan 3 orang pelajar
        dengan pencapaian 8A dan 6A bagi PMR 2012.  Syabas dan Tahniah  diucapkan.

         Paparan Aktiviti:
Pendaftaran Kehadiran
        
Penyampaian Anugerah kepada Pelajar Cemerlang PMR 2012


Penyampaian Cenderahati Kepada  Wakil dari SPI, JPN Kelantan


    5. Pertandingan Multimedia Interaktif 2013 Anjuran YIK Peringkat Zon 4 (4/4/2013)
 
        
        Khamis ,4 April 2013 SMUAMJ telah menghantar satu kumpulan pelajar  yang terdiri
        daripada 3 orang pelajar puteri tingkatan 4A dan seorang pelajar putera tingkatan 2A ke SMU
        (A) Al Falah Siram,  untuk Pertandingan Multimedia Interaktif  Bagi Kumpulan 6. SMUAMJ
        mendapat tempat ke 3.

        Tahniah  diucapkan kepada peserta yang telah bertungkus lumus menjayakan pembinaan
        perisan Multimedia 2013 walaupun sekolah kekurang kemudahan ICT, kita tidak boleh mudah
        mengaku kalah.Tak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang
        terlibat menterjemah teks Bahasa Arab yang diberikan dan membimbing anak-anak pelajar
        membaca teks dengan betul serta membimbing penyampaian untuk pembentangan. Ucapan
        penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Ustaz Bari, Ustaz Shukri, Ustaz Kadir, Puan
        Rahmah dan Pengetua SMUAMJ atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Tahun depan,
        kami cuba lagi dengan harapan mendapatkan tempat yang lebih baik. Insyaallah.

Peserta menunggu giliran  bersama Guru Pengiring. Terima kasih Pn Rahmah kerana sudi mengiringi pasukan SMUAMJ.



Terima Kasih juga kepada 3 orang pelajar yang turut terlibat menjayakan Perisian Multemedia Interaktif iaitu Nadia, Amiruddin ( Pelajar tingkatan 4A) dan Shahrul Akmal (pelajar Tingkatan 2A) yang terlibat dalam rakaman audio Bahasa Arab dan Bacaan Al Quran dan terjemahan.

6. SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

      Pada 23 Mei 2013, SMU (A) Mardizah Jabo telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru bertempat di Dewan sekolah. Pelbagai acara telah di susun bagi meraikan warga pendidik sekolah. Para Pelajar telah mengadakan beberapa persembahan. Guru-guru juga terlibat menyertai pertandingan yang disediakan oleh pelajar temasuk pertandingan sukaneka antara guru-guru perempuan, dan pertandingan bola tampar antara pelajar dan guru-guru lelaki. Manakala acara di dewan, guru-guru bertanding secara berkumpulan guru lelaki dan guru perempuan, menyambung keratan-keratan kertas bagi membentuk satu ayat . Sambutan Hari Guru pada tahun ini, sememangnya meriah dan menceriakan semua yang terlibat. Terima kasih kepada anak-anak pelajar yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMU (A) Mardziah Jabo.